Isnin, 27 Julai 2009

Ekoran Krisis Melanda Pentadbiran UDM; Kembalikan KUSZA !

KUALA NERUS – PAS menganggap, ketidakhadiran Canselor, Sultanah NurZahirah ke majlis Konvokesyen Kali Pertama Universiti Darul Iman (UDM) adalah satu krisis besar yang melanda Institusi Pengajian Tinggi tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/UDMKusza.jpg
Pengerusi Lajnah Pelajaran PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata ia adalah isu yang telah berpanjangan semenjak UDM ditubuhkan, empat tahun lalu.

”Sebelum ini tidak diadakan konvokesyen sejak tiga tahun berturut-turut, ini bukan perkara kecil, sebab bagi sebuah pusat pengajian (tinggi) kalau sudah tak dapat diadakan konvokesyen, maknnya ada krisis besar,

”dan bila dibuat konvokesyen, Canselor tidak datang,”katanya ketika ditemui selepas menutup Kursus Kewartawanan Islam 2009 yang diadakan di Maahad Tahidz Wal Tarbiyah disini, semalam.

Oleh itu PAS berharap kerajaan negeri Terengganu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat menyelesaikan perkara tersebut kerana ia merugikan kerajaan dan rakyat.

Menurutnya, akar umbi dari masalah tersebut adalah pengambilalihan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) oleh kerajaan pusat untuk dijadikan sebuah universiti.

Katanya, PAS telah lama menyarankan, sepatutnya didirikan sebuah universiti lain yang baru, sekiranya kerajaan mahu menubuhkan sebuah universiti dan mengekalkan KUSZA.

”Kita (PAS) telah lama mengatakan, kalau nak dibuat Universiti Darul Iman, buat yang lain, kekalkan KUSZA yang bersejarah, datuk kepada Sultan ni (Mizan) dulu pakai nama dia,

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/PenutupKursusWartawan%20021.jpg”ada Sekolah Menengah Rendah Ugama (Sultan) Zainal Abidin di Ladang, ada Sekolah Menengah (Atas) (Sultan) Zainal Abidin di Batu Burok, dan ada Kolej bertahap Universiti, KUSZA, tiba-tiba dihapuskan,”jelasnya yang juga Bekas Ahli Majlis KUSZA.

Katanya, walaupun UDM masih mengekalkan Kampus KUSZA di Gong Badak sebagai sebuah tempat pengajian, namun ianya adalah bersifat sementara, bagi menutup tindakan pengambilalihan KUSZA sepenuhnya.

Oleh yang demikian, beliau berkata, PAS menggesa kerajaan Pusat mengembalikan KUSZA kepada status asalnya.

”Kembalikan KUSZA kepada status asal dan buat (universiti) yang lain, (di negeri) Kelantan boleh buat yang lain, di (negeri) Pahang boleh buat yang lain, kenapa Trengganu tak boleh buat yang lain,”soal Ustaz Abu Bakar yang juga Bekas Ahli Majlis KUSZA.

Menurutnya, tindakan menyerahkan KUSZA kepada kerajaan Pusat yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh adalah satu tindakan yang tergopoh gapah, tanpa perancangan rapi.

”Dia (Idris) tergopoh gapah, dia nak buat sesuatu (hanya) nak ambil nama, (hanya) tujuan politik, tapi tidak ada perancangan dan persiapan rapid an lengkap,”tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan, adakah kerajaan Terengganu pimpinan UMNO dan BN tidak mampu untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tinggi sehingga sanggup menyerahkan KUSZA kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

”Penyerahan KUSZA itu sendiri (adalah) perkara besar, bakpe (adakah) kerajaan Terengganu tak mampu sangat ?,

”masa kerajaan PAS (mentadbir Terengganu) pun, mampu (untuk mentadbir KUSZA),”katanya yang menegaskan semua kerajaan negeri-negeri lain mempunyai Pusat Pengajian Tinggi sendiri yang ditadbir dibawah kerajaan negeri masing-masing.
sumber: http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=746:ekoran-krisis-melanda-pentadbiran-udm-kembalikan-kusza-&catid=35:dalam-negeri&Itemid=2

Sabtu, 25 Julai 2009

Penjelasan Lilin YB Nizar


"Saya kata secara umum, dia yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,"kata Ustaz harun
Thursday, 23 July 2009 21:03

KUALA NERUS - Ketua Dewan Ulama' PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib, menafikan kenyataan beliau berkaitan memasang lilin ditujukan kepada sesuatu peristiwa khusus atau kepada seseorang.


Katanya, beliau memberikan panduan secara umum sebagaimana menurut ajaran Islam berdasarkan hadis RasuluLlah SAW.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Dailog di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini, petang tadi.

”Islam tidak membuat hukum untuk satu-satu orang, Islam membuat garis panduan untuk semua orang, kita ada dua (pilihan) sebagaimana dalam hadis Rasulullah,

(Gambar - Ustaz Harun menjelaskan dlam Islam ada dua, subahat atau tidak, tinggalkan yang ragu kepada yang tidak ragu)

”ada (keadaan) yang ragu ada yang subahat, orang yang membersihkan dari subahat dia membersihkan imannya, agamanya dan maruahnya, orang yang subahat ini umpama langkah sempadan,

”saya tak tujukan kepada dia (Nizar), tapi kaedah umum, ada subahat, ada tak subahat, saya kata secara umum, dia (media tersebut) yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,”katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar media perdana hari ini berkaitan perkara tersebut.

Lihat dan Dengar Klip Video Ustaz Harun di Buletin Online Channel

Ahad, 19 Julai 2009

Apa nak jadi.... NC UDM buat hal lagi....lopeh ne apo la laie..


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/istiadatpemasyuran.jpg

KUALA TERENGGANU
- Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah tidak berangkat hadir ke Majlis konvokesyen Universiti Darul Iman (UDM) dan tidak di masyhurkan sebagai Canselor pertama universiti tersebut.


Seorang kakitangan Universiti berkenaan memberitahu, bukan sahaja Tuanku Permaisuri tidak hadir malahan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said serta ahli-ahli Exconya juga turut tidak hadir.

Majlis makan malam rasmi yang dianjurkan oleh pihak Universiti itu hanya dihadiri oleh Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja, Tengku Badruzaman Sultan Mahmud.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/tuankunurzahirah.jpg

Perkara ini telah menimbulkan banyak spekulasi di kalangan rakyat negeri ini khususnya persoalan apakah sebabnya Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong tidak berangkat ke majlis yang amat penting itu.

Ia adalah kerana, menurut sumber lain, pada hari Majlis Konvokesyen UDM, Tuanku Yang DiPertuan Agong berada di negeri ini, namun tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan, oleh mana-mana pihak, mengapa baginda tidak hadir.

Sebelum ini oleh pihak UDM memaklumkan Tuanku Permaisuri Agong akan berangkat hadir pada majlis konvokesyen yang julung-julung kali diadakan itu.

Pada 28 Jun lalu, Naib Canselor UDM, Profesor Datuk Dr. Alias Daud (gambar bawah) berkata, Tuanku Nur Zahirah telah menyatakan perkenan baginda untuk pelantikan tersebut dan persetujuan berangkat ke istiadat pemasyhuran itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/aliasdaud.jpg
"Pemasyhuran itu akan dibuat semasa majlis konvokesyen pertama UDM pada 14 hingga 16 Julai ini," katanya semasa majlis pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Gong Badak.

Mengulas kelewatan penganjuran konvokesyen, Alias berkata, ia disebabkan pihaknya terpaksa menyediakan peralatan baru.

Tahun lalu, sebuah akhbar mendedahkan, UDM gagal mengadakan Konvokesyen selepas tiga tahun dinaik taraf sebagai universiti (dulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin atau KUSZA).

Sebaliknya pada tahun ini, walaupun konvokesyen berjaya diadakan, ianya dilihat tidak sempurna dengan ketidakhadiran Canselornya.

Pelbagai pendapat yang di utarakan oleh orang ramai mengulas ketidakhadiran Tuanku Permaisuri Agong.

Antaranya, mengaitkan kehadiran Bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh yang dijemput hadir dalam ‘program bersama tokoh’ yang dianjurkan oleh UDM semasa Minggu Mesra Siswa pada awal bulan ini.

di cilok dari:buletinonline.net

Rabu, 15 Julai 2009



1. Pilihanraya yang berlaku di Negeri Kelantan sememangnya menarik untuk dikaji dan dipelajari . Kelantan yang terkenal dengan jolokan University Politik adalah bahan dan data yang hidup serta praktis untuk dikaji . Tidak kiralah , pilihanraya umum atau pilihanraya kecil , Kelantan adalah sebuah negeri yang unik .
2. Sebagai contoh , data atau statistik yang ada pada kita :. Dun Pengkalan Pasir : PAS kalah dengan majoriti 134 undi dalam pilihanraya kecil Disember 2005. Namun dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang dengan majoriti 2,348 undi.. Dun Semerak : PAS kalah dengan majoriti 778 undi dalam pilihanraya kecil Ogos 1997 namun dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang dengam majoriti 1475.. Dun Pulai Chondong : PAS menang dengam majoriti 118 undi dalam pilihanraya kecil 1996, tetapi dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang 2318.3. Pun begitu , iktibar mesti diambil dan muhasabah mesti dilakukan oleh PAS setelah memenangi Pilihanraya kecil Manek Urai kelmarin dengan majoriti tipis . Itu realitinya sebagai sebuah parti politik yang dewasa dan matang . Tiadalah istilah kecewa dan putus asa .
5. Peringkat awal semua pimpinan PAS menjangkakan kemenangan PAS di Manek Urai dan sebahagiannya menganggarkan kemenangan yang lebih besar . Biarpun anggaran sebahagian pimpinan PAS itu meleset tetapi alhamdulillah jangkaan semua pimpinan PAS itu tercapai .
6. Kemenangan biarpun kecil atau tipis majoritinya tetap akan menjadi tanggungjawab bukan sahaja kepada calon yang menang tetapi juga kepada parti [ PAS ] yang bertanding . Bertolak dari natijah kepada muhasabah [ post mortem ] yang bakal dilakukan kelak , rata - rata mengharapkan PAS dapat melakukan sesuatu yang lebih berkesan . Saya yakin PAS akan melakukan sesuatu dan komitmen ini turut melibatkan Dewan Pemuda PAS .
7. Kini jentera parti mesti bersiap untuk mendepani pilihanraya umum . Sebagaimana saya sebut sebelum ini , mudah - mudahan keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini akan merubah banyak perkara untuk PAS kembali mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum kelak .
8. Tidak kita nafi betapa UMNO dan BN mengumpul seluruh kekuatan dalam usaha memulihkan reputasi mereka yang tercalar teruk sepanjang sessi ini , pula jutaan ringgit ditawar dan dijanjikan kepada penduduk Manek Urai menjadi satu dari faktor menurunnya majoriti kemenangan PAS .
9. Tetapi PAS tidak boleh berpada dengan alasan tersebut kerana PAS perlu melihat ke "dalam" bagi memastikan kemenangan akan datang dengan majoriti yang lebih besar . Banyak perkara yang perlu dilihat . Pendekatan , cara kempen , ukhuwwah , pengorbanan , sikap dan 1001 perkara yang perlu diperbaiki .
10. Berbanding keputusan pilihanraya umum di Manek Urai yang lalu , undi yang diperolehi oleh al marhum Pak Su Weil [ PAS ] ialah 5746 . Ertinya PAS kehilangan 398 undi berbanding undi yang PAS perolehi dalam pilihanraya kecil kelmarin ialah 5348 . Tanpa memandang rendah kepada peningkatan undi BN tetapi saya tidak terkilan dengan kehilangan hanya 398 undi dalam pilihanraya kecil berbanding undi dalam pilihanraya umum lalu , setelah melihat cara BN turun berkempen . Pilihanraya umum akan datang , saya yakin PAS kembali mampu menang besar , dengan PAS mengambil langkah memperbaiki segala kelemahan . Lihat sahaja senario lalu .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 07:36

Template by:
Free Blog Templates