Sabtu, 25 Julai 2009

Penjelasan Lilin YB Nizar


"Saya kata secara umum, dia yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,"kata Ustaz harun
Thursday, 23 July 2009 21:03

KUALA NERUS - Ketua Dewan Ulama' PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib, menafikan kenyataan beliau berkaitan memasang lilin ditujukan kepada sesuatu peristiwa khusus atau kepada seseorang.


Katanya, beliau memberikan panduan secara umum sebagaimana menurut ajaran Islam berdasarkan hadis RasuluLlah SAW.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Dailog di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini, petang tadi.

”Islam tidak membuat hukum untuk satu-satu orang, Islam membuat garis panduan untuk semua orang, kita ada dua (pilihan) sebagaimana dalam hadis Rasulullah,

(Gambar - Ustaz Harun menjelaskan dlam Islam ada dua, subahat atau tidak, tinggalkan yang ragu kepada yang tidak ragu)

”ada (keadaan) yang ragu ada yang subahat, orang yang membersihkan dari subahat dia membersihkan imannya, agamanya dan maruahnya, orang yang subahat ini umpama langkah sempadan,

”saya tak tujukan kepada dia (Nizar), tapi kaedah umum, ada subahat, ada tak subahat, saya kata secara umum, dia (media tersebut) yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,”katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar media perdana hari ini berkaitan perkara tersebut.

Lihat dan Dengar Klip Video Ustaz Harun di Buletin Online Channel

3 ulasan:

  1. Kerana politik,PAS sanggup buat apa saja dengan menpergunakan agama.Ini contoh kenapa dikatakan PAS sebenarnya bertopengkan agama ;

    1.Mangsa liwat DSAI buat sumpah laknat mengaku kebenaran,tetapi DSAI tidak berani dan Nik Aziz senyap aje.
    2.Elizabeth Wong buat maksiat dan Nik Aziz tidak sedikit pun menegur tatpi sanggup berjumpa dan bekerjasama dengan beliau.
    3.Teman wanita mendiang Teoh mengaku mengandung 2 bulan tapi Nik Aziz senyap aja.
    4.Nizar menghadiri upcara keagamaan budha dan Nik Aziz senyap lagi.

    Nik Aziz sanggup menggelar orang islam UMNO sebagai kafir dan berbagai cercaan yang hina, tetapi apabila sekutunya melakukan maksiat,beliau bukan saja tidak menegur, tetapi mengeratkan kerjasama dengan ejen maksiat.Beliau menolak kerjasama dengan orang islam UMNO.Jelaslah di sini Nik Aziz menyokong maksiat dan eloklah beliau keluar dpd PAS dan masuk PKR atau DAP yang memperjuangkan maksiat.Biarlah PAS diterajui oleh Hadi dan Nasha yang jela nampak penyelewengan Nik Aziz dan ingin bekrjasama dengan UMNO.Kalau tidak mahu kerjasama dengan UMNO tak mengapa, tapi jangan kerjasama dengan parti maksiat.

    BalasPadam
  2. Ustaza Nasha pung nik aziz kato 'buat sampah'. Punoh aye doh tok guru nih.

    BalasPadam
  3. salam,saudara2 tanpa nama,jgn menghukum sesuatu isu skadar dgr dr 1 phak,lagi2 yg x jelas kesahihannya,dale isle pung kalu nk berhukum dale satu-satu kes ye kene pnggl blako saksi2 yg ADIL,

    BalasPadam

Template by:
Free Blog Templates